Monday, September 25, 2006

kenangan di MMU

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan..

Alhamdulillah pejam celik pejam celik, hanya tinggal satu sem saja lagi nak tinggalkan MMU..
Dalam hati, perasaan bercampur-baur.. macam² ada.. sedih, gembira, syukur, sayu, exited.. macam² la..

Terasa bagai semalam baru saja register masuk ke MMU.. walaupun hampir 6 tahun di MMU.. wah² ni lain dari yang lain.. erm mmg lain pun.. bayangkanlah, rumet saya (nurbaya) yg mula2 kenal sejak hari pertama di MMU pun skg ni dah last semester di UUM buat master dengan Elyn (rumet di hostel 2001). saya tak menyesal walaupun terpaksa ambil masa yang lama.. saya tahu kemampuan saya.. dan yang paling mahal adalah apa yg saya belajar di kelas dan jugak apa saya yang terkandung dalam diari hidup saya di MMU.. bermula dari soal pelajaran, rakan, perasaan, pengurusan masa, kesabaran.. banyak nya saya tak termampu nak taip..

Saya tahu Allah telah selitkan kebaikan setiap detik saya berada di MMU..

hari pertama di MMU, satu family hantar saya ke Melaka.. tidur satu malam di umah makcik Ely, kami sampai sehari sebelum registeration day. Pakcik Zakaria bawak kami masuk MMU.. katanya nak tunjuk keadaan MMU.. so, esok tak de la kekok.. ptg tu, dia bawa tgk mana letaknya Main Hall, foodcourt, library, masjid, faculty dan yg penting, parking area untuk parents.. so, tak la sesak sangat.. MMU Melaka kan kecik aje..

waktu tu, kawasan belakang lecture hall masih lagi construction area.. penuh la tanah merah..

Hari pertama, registeration berjalan dengan lancar.. makcik pun tak keja.. so senang la sbb dia eskot kami.. :)

Tgh beratur, kenal dengan baya(nurbaya ghazali). dia lah rumet saya di Tmn Dahlia.. kami tinggal kat umah sewa.. ramai la gak, tp tak sesak sgt.. rumet semua Alhamdulillah ok.. Di sini mula saya kenal internet, IRC, YM, email..

seminggu berlalu waktu orientasi.. sini takde lak ragging ke ape ke.. cuma penat dengar banyak briefing..

sem pertama tinggal di tmn dahlia, sem kedua tinggal kat hostel.. so senang nak berulang alik ke library dan kelas.. kalau hujan pun senang nak gi lecture..

setahun di Melaka, seronok.. macam2 kenaangan, pegi pasar malam sama2 dengan kawan2, dikejar anjing pun sama2 hehe... waktu dekat nak exam, gi library dengan kaklong dari pagi sampai petang..kalau tak penat, bersambung sampai library tutup.. berbuka kat masjid al hidayah.. pegi umah mak angkat arwah Del (moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya..)
Ditaqdirkan Allah, saya perlu tambah satu tahun lagi, sebab ade subjek yang sangkut.. hmm. tu la.. banyak sgt main2..erm tak jugak.. mungkin tak de rezeki.... tp kalau ada masa, hujung minggu gi jogging panjat bukit beruang dengan Ein.. ;)

tahun ke dua, saya tinggal di Tmn Bukit Beruang Utama.. seronok duk dengan kakyong, kakngah, Mira, Del dan Che la.. Alhamdulillah jiran pun baik2.. di sini pernah gak kene ragut masa saya berjalan nak balik umah.. masyaAllah nasib baik saya tak apa2.. cuma luka akibat diseret aja...

tahun 2002, saya masuk tahun pertama dia MMU Cyberjaya.. ambil major Multimedia System.. banyak jugak suara² yang tak bagi saya berhijrah ke Cyberjaya.. kata mereka, panas la.. tak best kat sana la, kos hidup mahal la.. erm saya tekad kan jugak.. lepas tamat bertugas sebagai OC di MMU Melaka, saya dan aini pun bertolak ke Cyber.. register masuk hostel, tinggal sebilik dengan Zai dan Yana...

kisah selanjutnya, akan bersambung insyaAllah.. :)

Monday, September 18, 2006

SEGENGGAM TABAH

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Ya Allah.. terima kasih atas ujianMU.. tanda Kau tidak mengabaikanku.. Kurniakanlah ketenangan diakhirnya..Kurniakanlah kami hidayah dan petunjuk yang sebenarnya..agar hati² kami tetap teguh hidup dalam syariat nama mu.. Ya Allah izinkanlah Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang lalu... amin..

Friday, September 08, 2006

kisah kasih sayang

kisah kasih sayang......

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adiktak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”


Malam itu,emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk dibawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, ”Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

”Tapi apalah maknanya bang...!” aku terdengar ibu teresak-esak.
”Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
”Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”


Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
”Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
”Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
”Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti.”


Tiada siapa yang menyangka,dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .”Kak...untukdapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
”Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
”Pemuda kampung?” bisikku. ”Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.


"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, ”Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar & tidak, aku bersuara,”Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, ”Kak, saya tengokramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


”Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
”Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
”Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
”Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.


Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi...aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
”Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
”Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
”Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. ”Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.


Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, ”Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, ”Selain emak, kakak saya....”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

”Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dancalar-balar.”

”Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Nota: "Hati yang ikhlas, tidak ternilai harganya..."

Thursday, September 07, 2006

10 syarat jadi imam

10 syarat jadi imam

SOALAN: Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.

JAWAPAN: Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :
1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.



2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.”

Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.

Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran.

Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.

Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.

Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:

i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.

ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.

iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.

Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.

Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.

Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.

Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.

Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.

Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.

Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

Wednesday, September 06, 2006

"MUJAHIDAH DARI BUMI JIHAD.."

Puisi kiriman seorang Akhwat yang tidak mau disebut namanya

Aku Wanita Mujahidah Sejati...
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah khan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu..bila dunia lebih kau damba..
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia..
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku..
Bulat tekadku untuk menemanimu..

Aku Wanita mujahidah pilihan..
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad..
Bilakah khan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an..
Kelak bersamanya kuarungi bahtera lautan jihad..
Andai tak siap bisa kau pilih..
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku..terlebih keluh kesahku..
Sebab meninggalkan dakwah karena lebih mencintaimu..dan menanggalkan pakaian taqwaku karena laranganmu...
Tak mungkin aku memilihmu...bila yang fana lebih kau cinta..
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota..lezatnya makanan dan lajunya makar durjana..

Meniti jalan panjang di medan jihad..
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah..serta debu yang beterbangan,keringat luka dan kesyahidan pun terulang..
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu..
Teguhkan `azzam`ku tuk lupa akan dirimu..
Aku wanita dari bumi Jihad..
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad...
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan..tepiskan semua mimpi yang tak berarti...
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??????
Karena tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri..tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan..
Yang melepasku dengan selaksa do`a..meraih syahid.. tujuan utama..
Robbi.. terdengar panggilanMu tuk meniti jalan ridhoMu..
Kuharapkan penolong dari hambaMu... menemani perjalanan ini..


"MUJAHIDAH DARI BUMI JIHAD.."

Monday, September 04, 2006

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

Kiriman: asbat79 pada Isnin, 04 September, 2006 - 12:00 AM GMT

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar danboleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak